TOKOH-TOKOH
Al-Khwarizmi – Pengenalan
Al-Khwarizmi, atau nama sebenarnya Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi yang berketurunan Parsi berasal dari kawasan Khwarizm, di kawasan Aral Sea yang hari ini sebahagian daripada Uzbekistan dan Turkmenistan.Al-Khwarizmi adalah salah seorang ilmuan matematik di Bait al-Hikmah (House of Wisdom) yang diasaskan oleh Khalifah al-Ma’mun pada zaman pemerintahan Kerajaan Islam Abbasiyyah. Dilahirkan disekitar tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun sekitar 850 Masihi. Selain sebagai ahli matematik, beliau juga adalah ahli astronomi dan juga ahli geografi di Bait al-Hikmah.
Sumbangan
Sumbangan terbesar beliau adalah dalam bidang matematik, astronomi, astrologi, geografi, dan cartography (tentang peta) serta pengasas kepada perkembangan dalam ilmu algebra dan juga trigonometri. Perkataan Algorithm berasal daripada nama latin al-khwarizmi iaitu algoritmi, manakala istilah Algebra berasal daripada perkataan Al-Jabr dan Al-Muqaabalah yang bermaksud penyempurnaan dan penyeimbangan (pembandingan).
Matematik
Al-Khwarizmi melebih dikenali kepakarannya dalam bidang matematik.
Walaupun sejarawan dan ahli matematik berselisih pendapat tentang asal
usul Algebra. Namun yang pasti jika pun al-Khwarizmi bukanlah orang yang
mengasaskan Algebra, tapi jelas beliau adalah pengembang ilmu Algebra.
Beliau menghasil sebuah kitab yang berkaitan dengan algebra iaitu“Al-Kitaab
Al-Muhtasar fi hisaab al-jabr wa al-muqaabalah” (Buku keterangan
ringkas tentang pengiraan menggunakan Al-Jabr dan Al-muqaabalah
(penyempurnaan dan penyeimbangan)) yang menjadi rujukan
terkenal dan juga pemula perkembangan ilmu algerba. Pendekatan secara
sistematik dan logik beliau dalam menyelesaikan masalah quadratik dan linear memberi acuan baru dalam disiplin ilmu algebra.Selain daripada algebra, Al-Khwarizmi juga pengembang sistem nombor yang dikenali sebagai Sistem pernomboran Arab dan India yang diguna pakai diseluruh dunia hari ini. Beliau juga antara orang pertama yang menyertakan angka sifar ’0′ sebagai salah satu digit dalam sistem pernomboran dan memberi nilai kepada angka ’0′. Beliau juga mengembangkan dan memperkenalkan sistem titik perpuluhan yang ada pada hari ini. Selain beberapa sumbangan lain dalam ilmu matematik.
No comments:
Post a Comment