SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG BOTANI
4.1 Pengenalan
Botani merupakan salah satu bidang kajian
dalam biologi yang mengkhususkandiri dalam mempelajari seluruh aspek biologi
tumbuh-tumbuhan.Oleh dengan demikian,dalam bidang botani mereka mempelajari
semua cabang ilmu biologi untuk mempelajaripertumbuhan, metabolisme,
perkembangan, interaksi dengan komponen biotik danabiotik, serta evolusi tumbuhan.Bidang
botani telah menarik minat dan menjadi perhatian khusus pakar sains Islam
kerana kepentingan tumbuh-tumbuhan danhasilnya dalam perubatan amat diperlukan
oleh masyarakat Islam ketika itu.Ilmu tentang botani mencapai kemuncak jayanya
di Sepanyol.Oleh itu,kebanyakkan sumbangan botani dapat dilihat di Sepanyol.Hal
ini secara tidak langsungtelah lahirnya sejumlah ahli botani yang terkemuka di
tanah Eropah tersebut.Hasil daripada usaha dan penelitian yang dilakukan para
ahli botani muslim diSepanyol telah berjaya menemui perbezaan mengenai
jenis-jenis tumbuhan. Para ahlibotani islam yang telah tertarik terhadap
tumbuhan telah membawa mereka menjelajahke serata dunia yang terbentang
luas.Para ahli botani Islam telah datang dari satu wilayah ke wilayah yang lain
untukmengeksplori kawasan pergunungan dan melihat keluasan gurun pasir sambil
mencari jenis-jenis tumbuhan yang terdapat di kawasan gurun. Para ilmuwan islam
tersebuttelah mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan yang mereka kumpulkan
berdasarkanhabitat tumbuhan tersebut dan proses cara pembiakan tumbuhan
tersebut. Hal inisecara tidak langsung dapat memudahkan mereka untuk mengetahui
cara danbahagian tumbuhan yang terlibat dalam berlakunya proses pembiakan
ataupunpercambahan.Pada era tersebut, para ahli botani muslim telah Berjaya
menemui pelbagai carapembiakan tanaman. Ada yang berkembang dengan pembenihan,
pemotongan tangkai,ada juga tumbuhan yang tumbuh dengan proses pembelahan sel
sendiri seperti rumputliar. Para ilmuwan islam Sepanyol telah Berjaya
mengembangkan ilmu botani jauh lebihtinggi sebelum barat melakukannya.
4.2 SUMBANGAN
Kedatangan orang-orang islam ke Andalus mampu
mengasaskan satu bentukekonomi baru yang dikenali sebagai ekonomi mediteranean
melalui systemperladangan, perindustrian dan perdagangan. Orang-orang islam
yang memangterkenal dalam bidang perdagangan dan perniagaan telah menyumbangkan
kepakarandan kemahiran mereka dalam mengembangkan lagi pengaruh islam di
Eropah. Merekamendirikan kedai-kedai perniagaan yang beroperasi mengimport
barang-barang dariseluruh pelusuk dunia.Umat Islam mengembangkan suatu
kecapaian saintifik pada botani danpertanian berasaskan tiga elemen utama; sistem
canggih putaran tanaman, teknikirigasidikembang secara tinggi, dan pengenalan
kepelbagaian besar tanamanyang telahdikajikan dan dikatalog menurut musim,
jenis tanah dan jumlah air yang merekamemerlukan.Beberapa ensiklopedia pada
botani dihasilkan, dengan ketepatan danperincian yang tinggi. Umat islam
Andalus juga banyak memberikan sumbangan kepada masyarakatEropah dalam bidang
pertanian iaitu dengan memperkenalkan berbagai jenis tanamandan teknologi
pertanian yang selama ini belum dikenali oleh mereka. Berbagai jenistanaman
seperti padi, anggur, limau, kurma, tembikai kuning, ros biru, tebu, kapas
dansebagainya. Demikian juga dengan teknologi pertanian seperti empangan,
saliran, carapembiakan dan sebagainya. Segala pengalaman ini dicurahkan kepada
masyarakattempatan sehingga menjadi amalan di Eropah ketika itu.Dalam
bidangbotani, umat Islam telah memberi sumbangan yang besar. Di kota-kota besar
seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan
indah. Menurut Sarton, pencapaian umat Islam dalam bidang botani adalah jauh
lebih hebat daripada pencapaian yang pernah diwarisi bangsa Yunani.
Pada abad
ke-12M,Ibn Arabi telah menulis sebuah buku tentang botani.Al-Ghafiqi dari
Cordova telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis
pohon buah-buahan.Al Jahiz telah menghasilkan 350 buah buku di dalamberbagai
bidang seperti biologi kehaiwanan, tumbuhan, serangga, antropologi,
ilmuekonomi, perdagangan dan geografi..Karyanya yang berjudul ³Al Zar¶u wa al
Nakhl" dan"Al Ma¶adin" menerangkan mengenai tumbuhan.Berikutnya,
karya-karya botani yangberkaitan dengan perubatan telah dihasilkan oleh para
pengkaji yang tinggi di wilayah-wilayah Islam.Segala kajian itu telah membantu
mengenal pasti jenis akar kayu dantumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan dapat
digunakan dalam bidang perubatan.Umat Islam turut menghasilkan kain dan kertas
bermutu tinggi melalui kemajuanteknologi yang mereka miliki.Dalam bidang
pertanian, mereka telah membina kincir air dan kincir angin.
4.3 TOKOH-TOKOH BOTANI
4.3.1 Al-Jahiz (164-255H / 780-868M)
Beliau ialah Abu Osman Amru b. Bahr
yangbergelar Al Jahiz (besar) kerana matanya yang besar,lahir, membesar dan
meninggal di BasrahIraq.Diriwayatkan beliau telah menghasilkan 350 buahbuku di
dalam berbagai bidang seperti biologikehaiwanan, tumbuhan, serangga,
antropologi, ilmuekonomi, perdagangan dan geografi.Dalam bidangbotani beliau
telah menulis buku ³Al Zar¶u wa al Nakhl"dan "Al
Ma¶adin".Perbahasan buku ini selainmenerangkan keadaan tumbuhan, ianya
juga menyentuhmasalah tanah dan serangga.
4.3.2 Ibn Al-Baitar
Beliau ialah Abu Muhammad Abdallah Ibn
AhmadIbn al-Baitar.Beliau merupakan seorang ahli botani danfarmasi yang
terkenal pada kurun pertengahan. Beliaulebih dikenali sebagai Ibn Al-Baitar,
beliau dilahirkan disebuah kota dikenali Malaqa atau Malaga di Sepanyolpada
akhir kurun ke-12. Beliau belajar ilmu botani daripada Abu al-Abbas
al-Nabati.telah menyusun sebuah buku yangmenyenaraikan 1,400 jenis dadah yang
diproses daripadabinatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan bahan galian .Karyanya
al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah dan al Jami'fi
al-Adwiyah al-Mufradah paling berpengaruh dibidang farmakologi.Sebahagiankarya
ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Perancis dan Jerman.Pada tahun
1219,beliau meninggalkan Sepanyol untuk menjalankan kerja-kerja mengumpul
tumbuh-tumbuhan menerusi pengembaraan di bahagian utara susur pantai benua
Afrika.Pengembaraan itu menjangkau sehingga ke benua Asia Kecil. Cara
beliaumengembara sama ada di darat atau laut tidak diketahui sehingga
hariini.Bagaimanapun antara tempat-tempat yang beliau singgah dan lawati ialah
Bugia,Qastantunia (Constantinople), Tunis, Tripoli, Barqa and Adalia. Sumbangan
utama IbnBaitar ialah Kitab al-Jami fi al-Adwiya al- Mufrada yang merupakan
salah sebuahkompilasi botani yang terhebat mengenai tumbuh-tumbuhan perubatan.
4.3.3 Al-Riyasa Ibn Jarit (meninggal 1193M)
Beliau menulis mengenai limau dan rubab dan
penggunaannya.Belau adalahseorang doktor dari Mesir yang juga doktor peribadi
kepada Salahuddin al-Ayubi.
4.3.4 Al-Ghafiqi (meninggal 1165M)
Beliau berasal dari Cordava telah
berjayamengkelaskan tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol dan Afrika.Belau telah
memberi nama tmbuh-umbuhan yangdikajinya dalam bahasa Arab, Latin dan Barbar.
Beliau telahmenerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan50 buah jenis
pokok buah-buahan telah dijadikan rujukanoleh pakar-pakar lain selepasnya Karya
beliau iaitu ³ Al- Adwiah Al-Mufaradhah´ mengenai herba perubatan telahmenjadi
rujukan oleh pakar-pakar yang lain dalam bidangtersebut.
4.3.5 Al-Nabati
Beliau menjalankan penyelidikan yang meluas
sehingga ke Sepanyol, AfrikaUtara, Arabia dan Lautan Merah dan menghasilkan
Al-Rihlah, yang menceritakantentang tumbuhan-tumbuhan yang dijumpainya.
4.4 Kesimpulan
Sudah terang lagikan bersuluh, ilmu botani
merupakan salh satu ilmu yang harusdipelajari sebagai ilmu pengetahuan
tambahan.Dalam ilmu ini ramai ahlinya telahmencipta dan menemui pelbagai
penemuan yang amat diperlukan terutamanya padazaman ini yang kebanyakkannya
lebih menjerumus ke dalam dunia digital.Oleh itu, ilmubotani adalah salah satu
cabang perubatan dimana melaluinya kita dapat mengkajisifat-sifat tumbuhan
tersebut disamping mengaplikasinya.Ringkasnya, banyak aspek keintelektualan
Islam telah ditiru oleh bangsa Eropahsehingga melahirkan satu perubahan besar
dalam sejarah tamadun di Eropah.Namunbegitu, nilai-nilai murni yang terkandung
dalam tamadun Islam tidak dimanfaatkan olehmasyarakat Barat bagi mengukuhkan
lagi tamadun mereka, malah merekamenggantikannya dengan nilai-nilai kebendaan
semata-mata.Justeru, lahirlah erapenjajahan bagi mengejar harta kekayaan tanpa
batas dan sempadan. Seperti kitasedia maklum, masyarakat islam kini sudah
mencapai tahap tamadun yang diseganididunia, namun masih ada beberapa pihak
yang masih tidak berpuashati dengankemajuan islam. Mereka mula memecah belahkan
islam sehingga mereka yakinbahawa islam tidak akan berkembang dengan lebih maju
lagi. Hal ini kerana merekatahu yang banyak ladang telah diusahakan oleh umat
islam sendiri dan hasilnya bolehmeningkatkan lagi taraf ekonomi penduduk islam
dan secara tidak langsung pihak yangingin memecah belahkan umat islam terasa
terancam,maka wujudlah perang tanpabersebab.
No comments:
Post a Comment