KESENIAN ISLAM
Pengenalan
Sifat tabi’i alam dan fitrah diri manusia
sendiri yang mana perasaan seni yang tumbuh dalam diri manusia merupakan
anugerah tabi’i dari Allah yang amat berharga. Pada diri insan Allah kurniakan
jiwa, akal dan indera yang tiap-tiap satu berfungsi dan memerlukan tuntutan
–tuntutan yang prrlu dipenuhi bagi kesempurnaan keinsanannnya. Jiwa menuntut
kerohanian, akal menuntut keilmuan dan indera menuntut kesenian. Sedang
tiap-tiap bidang pula tidak berdiri sendiri-sendiri tetapi bersatu pada
puncaknya di lautan intelek dan falsafah mencari kebenaran.
Definisi seni
Seni didefinisikan sebagai sesuatu kriteria
yang estetika dan ia meliputi kesusasteraan, muzik, drama, lukisan dan ukiran.
Dalam Kamus Dewan ia bermaksud sesuatu karya sama ada sajak, muzik yang
diciptakan dengan bakat kecekapan ataupun hasil daripada sesautu
ciptaan.Herbert Read di dalam bukunya The Meaning of Art mengatakan seni
sebagai percubaan untuk mencipta sesuatu yang menyenangkan hati kerana perasaan
yang menyenangkan hati itu merupakan perasaan yang mengalami keindahan. Oleh
itu, sesuatu objek yang diciptakan untuk Dari segi istilah, seni adalah sesuatu
yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia, tidak kira
sama ada ia ciptaan Allah ataupun yang dihasilkan oleh fikiran, kemahiran,
imaginasi dan perbuatan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu seni adalah
nilai halus, indah, baik, berguna dan bermanfaat kepada manusia.
Pandangan Islam tentang Seni
Agama Islam mengharuskan perasaan cinta
kepada kesenian dan keindahan. Allah sentiasa menyeru manusia supaya memerhati
keindahan yang terdapat dalam alam ini. Tamadun Islam telah menghidupkan
pelbagai jenis seni dan seni-seni ini telah berkembang dalam tamadun Islam
sehingga menjadi tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang unik dan berbeza
dengan tamadun-tamadun lain. Al-Quran menceritakan keindahan langit (Qaf, ayat 6),
keindahan bumi yang terbentang luas (Qaf, ayat 7), keindahan kejadian haiwan (
al-Nahli, ayat 6), keindahan ciptaan manusia (al-Taghabun, ayat 3 dan
al-Infitar, ayat 7-8)
Islam adalah agama yang berdasarkan realiti
kehidupan. Ia memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia keseluruhannya
sama ada aspek rohani, jasmani, pemikiran ataupun perasaan. Islam menuntut agar
unsur-unsur ini dilaksanakan secara keseluruhan dalam skop yang sederhana yang
dibenarkan oleh agama iaitu tidak telalu boros dan melampau dan tidak pula
kikir dan sempit.
Firman Allah yang bermaksud : “ Wahai anak-anak
Adam, pakailah perhiasan kamu keika waktu sembahyang. Makanlah dan minumlah dan
janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang berlebih-lebihan.
Katakanlah “ siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang dikeluarkanNya
untuk hamba-hambaNya dan rezeki yang baik.”(al-A’raf, ayat 31-32)
Keindahan itu sebahagian dari seni. Ini
bermakna Islam tidak menolak kesenian. Al-Quran sendiri menerima kesenian
manusia kepada keindahan dan kesenian sebagai salah satu fitrah manusia
semulajadi anugerah Allah kepada manusia.Seni membawa makna halus, indah dan
permai.
Kesenangan dan kepuasaan merupakan salah
satu daripada tuntutan naluri manusia. Kesenangan dan keindahan dapat
dilahirkan ke alam kenyataan melalui bentuk-bentuk tertentu sama ada
artifak-artifak yang berbentuk seni bina, seni hias, seni bunyi, seni
kaligrafi, seni sastera dan lain-lain.
Imam al-Ghazali dalam Kimya al-Sa’adah menjelaskan
bahawa keindahan itu terbahagi kepada keindahan lahir yang bersifat inderawi
yang dapat dialami bukan saja oleh anak-anak bahkan binatang dan keindahan
batin yang hanya dapat ditanggapi oleh mata hati dan cahaya jiwa. Keindahan seni
dari sudut ini bukan semata-mata memberi kepuasan inderawi tetapi merupakan
salah satu wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sesungguhnya keindahan
alam adalah nisbi dan manifestasi Allah yang bersifat Abadi. Jika keindahan alam
yang bersifat sementara itu dikagumi, maka keindahan yang Abadi itu
seharusnyalah berlebih-lebih lagi.
Hadith nabi yang bermaksud: “ Sesungguhnya
Allah itu Maha Indah dan Dia suka kepada keindahan.” (riwayat Muslim dalam
kitab al-Iman)
Terdapat banyak cabang bidang kesenian.
1. Seni Ukiran
i. Tembikar
ii. Ukiran Logam
iii. Ukiran Kaca
iv. Ukiran Kayu.
v.Ukiran Perhiasan
vi. Permata
2. Kaligrafi Khat Arab
3. Seni Bina Bangunan
4. Muzik,
5. penulisan dan puisi
No comments:
Post a Comment