Definasi Kejuruteraan adalah salah satu cabanng sains gunaan yang
melibatkan teori asaa rekabentuk sesuatu hasil keluaran, atau sesuatu
yang boleh memberi khidmat kepada manusia. Dalam definasi lainya adalah
kepandaian atau pembutan mereka bentuk sesuatu jentera. Manakala
Jurutera adalah seorang terlatih didalam mereka, membuat dan mengunakan
jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan.
Pada awalnya cendiakawan islam terdahulu mendapati bahawa terdapat dua
prinsip asas islam terdapat didalam bidang kejuruteraan, yang pertama
konsep kesetaraan (mizan), dan yang keduanya konsep kesimbangan (tawazun).
Allah telah menetapkan ukuran bagi perbutan baik dan mungkarnya manusia adalah al-mizan.
Didalam sistem kejuruteraan prinsip Al-Mizan membawa maksud tiap-tiap
sesuatu itu berada di kedudukan yang betul didalam sistem keseimbangan
yakni Tawazun. Bagi mengekalkan keadaan kesuluruh sistem itu diperlukan bagi mengekalkan kedudukan tersebut.
Prinsip Al-Mizan digunakan didalam kejuruteraan kimia dan
termodinamik bagi mengkaji dan memahami bahan dan aliran tenaga. Begitu
juga dengan kejuruteraan awam dan mechanical dimana tindakan dan daya
momen mengunakan prinsip yang sama malah didalam kejuruteraan prinsip
kesetaraan (tawazun) digunakan didalam pada cas elektrik.
Teknologi kejuruteraan islam yang mula di perkenalkan dan dipalsukan
oleh pihak barat adalah sumbangan kejuruteraan mechanical dimana
terciptanya alat mengangkut air pagi pengunaan
pengairan,perumahan,industri dan lain-lain lagi. Alat mengankut air yang
pertama di cipta adalah di Mesir dan Syria yang dipanggil Shaduf. Alatan ini masih digunakan sehingga hari ini kerana ianya murah dan mudah. Manakala dua lagi alatan penguk air adalah saqiya dan nau`ra. Saqiya digerakan oleh tenaga binatang, manakala nau`ra digerakakn oleh kuasa air. Al-jazari dan Taqi Al-Din merupakan
tokoh kejuruteraan islam pada kurun 12M. Mereka berjaya mengubah Shaduf
dan menerangkan penggunaannya didalam kitab-kitab karangan mereka.Alat
pengepam air dengan mengunakan roda berskoop diterangkan didalam
kitab-kitab karangan Taqi Al- Din. Apa yang menakjubkan didalam karangan Taqi Al-Din bagaimana
iadapat mencipta selinder berpiston bagi mengepam air. Selindir ini
dicipta bagi mengahasilkan satu daya paduan bagi tolakan mengepam air.
Kaedah ini juga digunakan didalam penciptaan kereta.
Mesin yang menggunakan bantuan air dan angin telah berjaya diciptakan
oleh Musa bersaudara. Mesin ini digunakan untuk menghancurkan jagung ,
menghancur gula sekaligus mengepam air. meraka juga pelopor sistem
automatik dengan tercipta bajana automatik yang mana bajana automatik
yang boleh mengisi bajananya dengan sendiri.
Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Abdul aziz, telah tercipta terusan
sepanjang 10km bagi mengalirkan air sungai Furat ke basrah bagi
mengelakkan kekeringan akibat kemarau. kaedah ini adalah kejuruteraan
hidrologi. Terusan lain yang dibina adalah terusan yang menyambungkan
sg. Nil dengan laut Merah sepanjang 100km bagi mempercepatkan perjalanan
berbanding dengan jalan darat. Sistem Qanat telah dimulakan di Isfahan
bagi mengalirkan air sg Zayandirud bagi kegunaan pertanian dan
perumahan. yang takjubnya adalah penciptaan terowong bawah tanah bagi
mengalirkan air sungai tersebut. Pembinaanya telah kan oleh seorang ahli
matematik parsi yang bernama Al-Karaji. Kaedah ini amat penting bagi
mengelakan penguapan di padang pasir.
Didalam kurun ke 8M-12M merupakan tercetusnya penemuan didalam teknologi
islam. Ini adalah kerana faktor ajaran islam yang merupakan daya
dorongan yang tinggi didalam pencapaian teknologi pada kurun tersebut.
Sebagai contonhnya ayat perama yang diturunkan kepada Nabi Muhamad s.a.w
adalah surah Al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud :
"Bacalah dengan nama tuhanmu yang
menjadikan. Dia telah menjadikan manusia daripada segumpal darah.
Bacalah, dan tuhanmu yang paling pemurah. Yang mengajar manusia dengan
perantaraan kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak di
ketahuainya"
kejayaan initelah berjaya membentuk tamadun islam yang amat digeruni
pada masa itu.Menerusi kejayaan ini lah. Para ilmuan islam dan saintis
islam telah bebas bergeak mengembara keseluruh pelusuk dunia untuk
dikembangkan ilmu ini dan mendapat manafaat.
Dapat disimpulkan disini bahawa, jika kita benar mengamati islan dan
ajaranya dan mempelajari Al-Quran, maka banyak lah ilmu yang terkandung
didalam Al-Quran itu, terutamanya dalam bidang sains dan kejuruteraan
ini. Dengan ini membolehkan kita memahami dan berkeyakinan dengan
kekuasaan Allah dan kegaungannya. Bahawsanya Al-Quran itu adalah
merangkumi perkara yang sebelum , sedang dan perkara yang akan berlaku.
kesemuanya telah diterangkan oleh allah didalam Al-quran. Oleh itu umat
islam perlulah berusaha melengkaokan diri dengan ilmu manafaat dan
menguasainya, sehingga sekali lagi kita mampu bangun untuk mencapai
zaman kegemilangan islam.
Sinan (1538-1588M)
Beliau yang juga dikenali sebagai Mimar Sinan
merupakan seorang arkitek
yang merekacipta 360 struktur bangunan
termasuklah 84 buah masjid, 51
buah masjid-masjid kecil, 57 buah sekolah, 7
buah madrasah untuk
penghafal al-Quran yang dikenali sebagai
darulkurra, 22 buah , 17 buah
rumah api , 3 buah hospital, 7 buah jambatan
, 48 buah rumah tumpangan,
35 tempat –tempat dan rumah penginapan yang
besar, 8 buah bumbung
melengkung dan 46 tempat takungan air /
kolam mandi. Dengan perkataan
lain, beliau menjadi pengurus terkenal dalam
kerja-kerja pembinaan pada
zaman kerajaan Othmaniah selama hampir 50
tahun.
No comments:
Post a Comment