Monday, 7 October 2013

Sumbangan dalam Pendidikan

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas.  Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

            Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.  Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.  Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.

            Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan  astronomi.  Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah.  Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.  Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

            Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab.  Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.


PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Gelaran Al-Khawarizmi
Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism.  Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan.  Negara Perancis pula al-Gorism  muncul sebagai Augryam atau Angrism.  Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya
Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :
  1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
  2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
  3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

Hasil Karya Al-Khawarizmi

Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik.  Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.
Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :
  1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.
  2. ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
  3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
  4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.
  5. Al-Amal bi’ Usturlab’
  6. Al-Tarikh
  7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

Ketokohan al-Khawarizmi

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri.  Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi.  Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.

            Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab.  Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam.  Antara karya-karya yang  beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’.  Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.

            Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan.  Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri.  Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan.  Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.

            Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam.  Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang].

            Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orangSpanyol dan Kristian.

            Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad.  Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.

Peribadi al-Khawarizmi

Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat.  Al-Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat.  Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan “pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur....”  Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri.

            Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata....’ al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains’.  Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.

Strategi Pengislaman Sains Matematik
Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak.  Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-undang Islam.

  1. Tauhid
Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang lain.  Mengikut matlamat  Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu symbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan.  Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik.  Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.

  1. Syariah
Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat.  Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri.  Dari sudut ini, ahli matematik Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi.  Oleh itu, matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.


  1. Akhlak
Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai murni.  Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan.  Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu sendiri.  Melalui asas pradigma tauhid dan sya’iyah itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.

Cabang Matematik

Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.

Geometri
Ia merupakan cabang kedua dalam matematik.  Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘geo’ bererti bumi dan ‘metri’ bererti sukatan.  Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang.  Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM].  Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke6SM.  Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M.

Algebra/aljabar
Ia merupakan nadi untuk matematik algebra.  Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12.  sebelum munculnya karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M.  Sebelum ini tak ada istilah aljabar.

Sumbangan dalam bidang Kesenian


KESENIAN ISLAM

Pengenalan
Sifat tabi’i alam dan fitrah diri manusia sendiri yang mana perasaan seni yang tumbuh dalam diri manusia merupakan anugerah tabi’i dari Allah yang amat berharga. Pada diri insan Allah kurniakan jiwa, akal dan indera yang tiap-tiap satu berfungsi dan memerlukan tuntutan –tuntutan yang prrlu dipenuhi bagi kesempurnaan keinsanannnya. Jiwa menuntut kerohanian, akal menuntut keilmuan dan indera menuntut kesenian. Sedang tiap-tiap bidang pula tidak berdiri sendiri-sendiri tetapi bersatu pada puncaknya di lautan intelek dan falsafah mencari kebenaran.

Definisi seni
Seni didefinisikan sebagai sesuatu kriteria yang estetika dan ia meliputi kesusasteraan, muzik, drama, lukisan dan ukiran. Dalam Kamus Dewan ia bermaksud sesuatu karya sama ada sajak, muzik yang diciptakan dengan bakat kecekapan ataupun hasil daripada sesautu ciptaan.Herbert Read di dalam bukunya The Meaning of Art mengatakan seni sebagai percubaan untuk mencipta sesuatu yang menyenangkan hati kerana perasaan yang menyenangkan hati itu merupakan perasaan yang mengalami keindahan. Oleh itu, sesuatu objek yang diciptakan untuk Dari segi istilah, seni adalah sesuatu yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia, tidak kira sama ada ia ciptaan Allah ataupun yang dihasilkan oleh fikiran, kemahiran, imaginasi dan perbuatan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu seni adalah nilai halus, indah, baik, berguna dan bermanfaat kepada manusia.

Pandangan Islam tentang Seni
Agama Islam mengharuskan perasaan cinta kepada kesenian dan keindahan. Allah sentiasa menyeru manusia supaya memerhati keindahan yang terdapat dalam alam ini. Tamadun Islam telah menghidupkan pelbagai jenis seni dan seni-seni ini telah berkembang dalam tamadun Islam sehingga menjadi tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang unik dan berbeza dengan tamadun-tamadun lain. Al-Quran menceritakan keindahan langit (Qaf, ayat 6), keindahan bumi yang terbentang luas (Qaf, ayat 7), keindahan kejadian haiwan ( al-Nahli, ayat 6), keindahan ciptaan manusia (al-Taghabun, ayat 3 dan al-Infitar, ayat 7-8)
Islam adalah agama yang berdasarkan realiti kehidupan. Ia memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia keseluruhannya sama ada aspek rohani, jasmani, pemikiran ataupun perasaan. Islam menuntut agar unsur-unsur ini dilaksanakan secara keseluruhan dalam skop yang sederhana yang dibenarkan oleh agama iaitu tidak telalu boros dan melampau dan tidak pula kikir dan sempit.
Firman Allah yang bermaksud : “ Wahai anak-anak Adam, pakailah perhiasan kamu keika waktu sembahyang. Makanlah dan minumlah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah “ siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan rezeki yang baik.”(al-A’raf, ayat 31-32)

Keindahan itu sebahagian dari seni. Ini bermakna Islam tidak menolak kesenian. Al-Quran sendiri menerima kesenian manusia kepada keindahan dan kesenian sebagai salah satu fitrah manusia semulajadi anugerah Allah kepada manusia.Seni membawa makna halus, indah dan permai.
Kesenangan dan kepuasaan merupakan salah satu daripada tuntutan naluri manusia. Kesenangan dan keindahan dapat dilahirkan ke alam kenyataan melalui bentuk-bentuk tertentu sama ada artifak-artifak yang berbentuk seni bina, seni hias, seni bunyi, seni kaligrafi, seni sastera dan lain-lain.

Imam al-Ghazali dalam Kimya al-Sa’adah menjelaskan bahawa keindahan itu terbahagi kepada keindahan lahir yang bersifat inderawi yang dapat dialami bukan saja oleh anak-anak bahkan binatang dan keindahan batin yang hanya dapat ditanggapi oleh mata hati dan cahaya jiwa. Keindahan seni dari sudut ini bukan semata-mata memberi kepuasan inderawi tetapi merupakan salah satu wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sesungguhnya keindahan alam adalah nisbi dan manifestasi Allah yang bersifat Abadi. Jika keindahan alam yang bersifat sementara itu dikagumi, maka keindahan yang Abadi itu seharusnyalah berlebih-lebih lagi.

Hadith nabi yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia suka kepada keindahan.” (riwayat Muslim dalam kitab al-Iman)
Terdapat banyak cabang bidang kesenian.
1. Seni Ukiran
i. Tembikar
ii. Ukiran Logam
iii. Ukiran Kaca
iv. Ukiran Kayu.
v.Ukiran Perhiasan
vi. Permata

2. Kaligrafi Khat Arab

3. Seni Bina Bangunan

4. Muzik,

5. penulisan dan puisi

Sumbangan dalam bidang kejuruteraan

Definasi Kejuruteraan adalah salah satu cabanng sains gunaan yang melibatkan teori asaa rekabentuk sesuatu hasil keluaran, atau sesuatu yang boleh memberi khidmat kepada manusia. Dalam definasi lainya adalah kepandaian atau pembutan mereka bentuk sesuatu jentera. Manakala Jurutera adalah seorang terlatih didalam mereka, membuat dan mengunakan jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan.
Pada awalnya cendiakawan islam terdahulu mendapati bahawa terdapat dua prinsip asas islam terdapat didalam bidang kejuruteraan, yang pertama konsep kesetaraan (mizan), dan yang keduanya konsep kesimbangan (tawazun). 




Allah telah menetapkan ukuran bagi perbutan baik dan mungkarnya manusia adalah al-mizan. Didalam sistem kejuruteraan prinsip Al-Mizan membawa maksud tiap-tiap sesuatu itu berada di kedudukan yang betul didalam sistem keseimbangan yakni Tawazun. Bagi mengekalkan keadaan kesuluruh sistem itu diperlukan bagi mengekalkan kedudukan tersebut.
Prinsip Al-Mizan digunakan didalam kejuruteraan kimia dan termodinamik bagi mengkaji dan memahami bahan dan aliran tenaga.  Begitu juga dengan kejuruteraan awam dan mechanical dimana tindakan dan daya momen mengunakan prinsip yang sama malah didalam kejuruteraan prinsip kesetaraan (tawazun) digunakan didalam pada cas elektrik.
Teknologi kejuruteraan islam yang mula di perkenalkan dan dipalsukan oleh pihak barat adalah sumbangan kejuruteraan mechanical dimana terciptanya alat mengangkut air pagi pengunaan pengairan,perumahan,industri dan lain-lain lagi. Alat mengankut air yang pertama di cipta adalah di Mesir dan Syria yang dipanggil  Shaduf. Alatan ini masih digunakan sehingga hari ini kerana ianya murah dan mudah. Manakala dua lagi alatan penguk air adalah saqiya dan nau`ra. Saqiya  digerakan oleh tenaga binatang, manakala nau`ra digerakakn oleh kuasa air. Al-jazari dan Taqi Al-Din merupakan tokoh kejuruteraan islam pada kurun 12M. Mereka berjaya mengubah Shaduf dan menerangkan penggunaannya didalam kitab-kitab karangan mereka.Alat pengepam air dengan mengunakan roda berskoop diterangkan didalam kitab-kitab karangan Taqi Al- Din. Apa yang menakjubkan didalam karangan Taqi Al-Din bagaimana iadapat mencipta selinder berpiston bagi mengepam air. Selindir ini dicipta bagi mengahasilkan satu daya paduan bagi tolakan mengepam air. Kaedah ini juga digunakan didalam penciptaan kereta.
Mesin yang menggunakan bantuan air dan angin telah berjaya diciptakan oleh Musa bersaudara. Mesin ini digunakan untuk menghancurkan jagung , menghancur gula sekaligus mengepam air. meraka juga pelopor sistem automatik dengan tercipta bajana automatik yang mana bajana automatik yang boleh mengisi bajananya dengan sendiri.
Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Abdul aziz, telah tercipta terusan sepanjang 10km bagi mengalirkan air sungai Furat ke basrah bagi mengelakkan kekeringan akibat kemarau. kaedah ini adalah kejuruteraan  hidrologi. Terusan lain yang dibina adalah terusan yang menyambungkan sg. Nil dengan laut Merah sepanjang 100km bagi mempercepatkan perjalanan berbanding dengan jalan darat. Sistem Qanat telah dimulakan di Isfahan bagi mengalirkan air sg Zayandirud bagi kegunaan pertanian dan perumahan. yang takjubnya adalah penciptaan terowong bawah tanah bagi mengalirkan air sungai tersebut. Pembinaanya telah kan oleh seorang ahli matematik parsi yang bernama Al-Karaji. Kaedah ini amat penting bagi mengelakan penguapan di padang pasir.
Didalam kurun ke 8M-12M merupakan tercetusnya penemuan didalam teknologi islam. Ini adalah kerana faktor ajaran islam yang merupakan daya dorongan yang tinggi didalam pencapaian teknologi pada kurun tersebut. Sebagai contonhnya ayat perama yang diturunkan kepada Nabi Muhamad s.a.w adalah surah Al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud : 
"Bacalah dengan nama tuhanmu yang menjadikan. Dia telah menjadikan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan tuhanmu yang paling pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak di ketahuainya" 

kejayaan initelah berjaya membentuk tamadun islam yang amat digeruni pada masa itu.Menerusi kejayaan ini lah. Para ilmuan islam dan saintis islam telah bebas bergeak mengembara keseluruh pelusuk dunia untuk dikembangkan ilmu ini dan mendapat manafaat. 
Dapat disimpulkan disini bahawa, jika kita benar mengamati islan dan ajaranya dan mempelajari Al-Quran, maka banyak lah ilmu yang terkandung didalam Al-Quran itu, terutamanya dalam bidang sains dan kejuruteraan ini. Dengan ini membolehkan kita memahami dan berkeyakinan dengan kekuasaan Allah dan kegaungannya. Bahawsanya Al-Quran itu adalah merangkumi perkara yang sebelum , sedang dan perkara yang akan berlaku. kesemuanya telah diterangkan oleh allah didalam Al-quran. Oleh itu umat islam perlulah berusaha melengkaokan diri dengan ilmu manafaat dan menguasainya, sehingga sekali lagi kita mampu bangun untuk mencapai zaman kegemilangan islam.
 
 

Sinan (1538-1588M)
Beliau yang juga dikenali sebagai Mimar Sinan merupakan seorang arkitek
yang merekacipta 360 struktur bangunan termasuklah 84 buah masjid, 51
buah masjid-masjid kecil, 57 buah sekolah, 7 buah madrasah untuk
penghafal al-Quran yang dikenali sebagai darulkurra, 22 buah , 17 buah
rumah api , 3 buah hospital, 7 buah jambatan , 48 buah rumah tumpangan,
35 tempat –tempat dan rumah penginapan yang besar, 8 buah bumbung
melengkung dan 46 tempat takungan air / kolam mandi. Dengan perkataan
lain, beliau menjadi pengurus terkenal dalam kerja-kerja pembinaan pada
zaman kerajaan Othmaniah selama hampir 50 tahun.

Sumbangan dalam bidang geografi dan pelayaran

SUMBANGAN ISLAM DALAM GEOGRAFI DAN PELAYARAN


GEOGRAFI DAN PELAYARAN

Pengenalan

Ilmu geografi merupakan suatu perkara yang amat penting bagi umat Islam, kerana dari ilmu inilah akan dapat diketahui di mana letaknya Makkah yang menjadi kiblat umat Islam dan juga tempat mereka menunaikan fardhu haji. Hasil daripada kesungguhan mereka mempelajari ilmu ini sejak abad ke-1H/7M lagi umat Islam berjaya sampai ke hujung selatan benua Afrika dan Bahagian Utara pula telah sampai ke Rusia.

Tokoh Geografi dan pelayaran Islam

1. Sulaiman

Buku pertama dalam bidang ini telah dihasilkan pada tahun 273H/851M. Buku ini memuatkan laporan-laporan perjalanan Sulaiman al-Tajir yang berasal dari Siraf, ke negeri China dan India. Sulaiman melaporkan bahawa orang China menggunakan cap jari sebagai tandatangan.

2. Thabit Ibn Qurrah (289H/901M)

Beliau telah menterjemahkan karya-karya Ptolemy berhubung dengan beberapa tempat di bumi berdasarkan letaknya Latitud dan Longitud.

3. Ibn Khurdazbih

Beliau berketurunan Parsi telah menghasilkan sebuah buku geografi yang amat bernilai pada tahun 232H/846M yang diberi judul "Kitab al Masalik wa al-Mamalik". Buku yang bernilai khusus tentang topografi ini dikatakan merupakan karya pertama dalam bidang ini yang ditulis secara bebas. Ia telah dipergunakan oleh Ibn Faqih, al-Maqdisi, Ibn Hawqal dan penulis-penulis geografi lain pada masa selepasnya.

4. Abu AbdullahAl-Battani (868- 929M)

Al-Battani dikenali di Barat dengan nama Albategnius. Beliau amat terkenal dalam bidang matematik dan astronomi. Penemuan beliau yang agung termasuklah menetapkan tahun syamsiah menepati penemuan pada hari ini, iaitu 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Battani juga menonjol dalam bidang trigonometri dan matematik. Beliau memperincikan kaedah kiraan dengan menggunakan konsep sinus dan tangen. Buku-buku beliau dalam bidang astronomi diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad kedua belas di bawah tajuk De scienta stellerum — De numeris stellerum et motibus. Copernicus dalam bukunya, De Revolutionibus Orbium Clestium menyatakan bahawa beliau terhutang budi kepada Al-Battani.

5. Ibn Batuta (704 – 779H / 1304 – 1372M) – Bapa Pelayaran

Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Ibrahim Al Lawati iaitu ahli geografi dari Moroko. Lahir di Tanja, dan mati di Marakas, Moroko, berketurunan Libya. Beliau sangat meminati pelayaran dan pengembaraan dan telah menjelajah negara-negara Asia, Afrika dan Timur Eropah yang memakan jarak sejauh 120 ribu kilometer selama 38 tahun . Beliau sangat prihatin dalam pengembaraan. Apabila memasuki sesebuah negara, ia akan bertanya segala yang menyentuh pakaian, makanan, kebudayaan dan peralatan. Beliau pernah dilantik menjadi kadi di Delhi, India ketika mengembara di sana dan beberapa kali diutus menjadi wakil di beberapa tempat. Pengembaraannya yang masyhur ialah pada 1/3 yang terakhir , ketika menjelajahi negara Afrika dan negara-negara Islam. Selepas itu beliau menetap di Pas, Maghribi bagi mentafsirkan hasil pengembaraannya. Salah seorang dari penulis Dar al Ifta’ di Pas iaitu Mohd. Ibn Juzu telah menyunting buku beliau dan menyusunnya dengan gaya bahasa yang teratur. Ada di kalangan pengkaji barat meragui sebahagian pengembaraan Ibn Batuta tetapi pendapat ini ditolak dan diakui oleh pengkaji yang lain. Pengembaraan Ibn Batuta disebarkan dalam buku “Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa” oleh Ibn Juza. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

6. Ibnu Majid

Nama lengkap beliau ialah Sihabuddin Ahmad bin Majid bin Amr ad-Duwaik bin Yusuf bin Hasan bin Husain bin Abi Ma'lak as-Sa'di bin Abi ar-Raka'ib an-Najdi. Tidak diketahui tanggal lahir dan kematiannya. Namun, beberapa sumber sejarah menyebut beliau hidup pada abad 9 H atau 15 M. Keluarga Ibnu Majid berasal dari daerah Gurun Nejd, Yaman.Lautan menjadi tempat yang tak asing bagi Ibnu Majid sejak kecil lagi. Beliau sering mengikuti pelayaran yang dilakukan ayahnya di kawasan Laut Merah. Ketika meningkat dewasa, pelayaran bersama kawan-kawannya dilakukan tidak hanya di kawasan Laut Merah, tetapi sudah melangkau Samudra Hindi. Penguasaannya ke atas kawasan Samudra Hindi mendorong dirinya membuat catatan-catatan khusus dalam bidang ini. Ayah Ibnu Majid sendiri telah merintis penulisan buku tentang pelayaran yang diberi judul al-Hijaziyya. Buku ini membahas tentang kondisi lautan sekitar kawasan Hijaz. Ibnu Majid pula mengikuti jejak ayahnya dengan menulis buku-buku tentangpelayaran yang lebih luas dan mendalam. Beberapa karangannya menjadi pedoman pelaut ketika itu dalam mengharungi samudra yang luas. Kepandaian Ibnu Majid dalam perhitungan pelayaran mencapai puncaknya ketika ia berhasil membuat kompas dengan 32 arah mata angin. Kompas yang jauh lebih baik daripada kompas buatan ahli-ahli pelayaran lain ketika itu, terutama orang Mesir dan Moroko yang merupakan bentuk awal kompas moden.

Sumbangan dalam bidang Ilmu Falak / Astronomi

3. Ilmu Falak dan Sejarahnya:

3.1 Ilmu falak dikenali umum sebagai Ilmu Kaji Bintang atau Ilmu Astronomi, perkataan Falak bererti jalan peredaran yakni peredaran bintang-bintang. Dalam surah Yaasin ayat 40 disebut bahawa: "(Dengan ketentuan yang diberikan oleh Allah) Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang kerana tiap-tiap satunya beredar terapong-apong di tempat edarannya masing-masing".


3.2 Pada zaman dahulu ilmu falak dikenali juga dengan Ilmu Nujum yang digunakan bagi maksud meneka berlakunya satu-satu peristiwa atau nasib. Di kalangan Sarjana Islam, Ilmu Bintang dibahagi kepada dua bahagian iaitu :

1) Ilmu Tabie (sains) yang membincangkan kedudukan bintang-bintang, pergerakannya dan ketentuan-ketentuan gerhana matahari dan bulan.

2) Ilmu yang membincangkan perhubungan pergerakan bintang-bintang dengan kelahiran, kematian, kebahagiaan dan kecelakaan , hujan, kesihatan dan lain-lain.

Ilmu yang pertama tadi dinamakan ilmu falak (Astronomi) dan ilmu yang kedua dinamakan Ilmu Astrologi (tanjim). Secara umum ilmu falak boleh diertikan sebagai ilmu yang membicarakan tentang matahari dan bintang-bintang yang beredar tentang besar kecilnya, tentang jauh dekatnya daripada matahari atau juga tentang cakerawala-cakerawala langit, tarikan-tarikannya, kedudukan pergerakannya dan lain-lain fenomena yang berkaitan.

3.3 Orang-orang Arab pada zaman dahulu telahpun mengetahui kedua-dua bidang ilmu ini sejak zaman Jahiliah lagi. Mereka memperolehi ilmu ini dari Greek, Parsi, India dan Kaldan. Kemudian ilmu ini diwariskan kepada orang-orang Islam kemudiannya.

3.4 Umat Islam mula terlibat secara aktif dibidang Ilmu Sains termasuk ilmu falak pada zaman Kerajaan Umaiyah dan Abbasiah. Di zaman Umaiyah tokoh ilmu falak yang terkenal ialah Khalid bin Yazid Al-Amawi (meninggal 85H). Beliau adalah dikenali dengan nama Hakim Ali Marwan. Beliau dianggap orang pertama yang menterjemahkan buku-buku termasuk buku-buku mengenai ilmu Bintang pada pertengahan kurun ke-4 Hijrah didapati dalam Perpustakaan Kaherah sebuah globe dari tembaga karya Batlamus yang ditulis kata-kata bahawa globe itu disediakan untuk Khalid bin Yazid. Menurut sarjana sejarah iaitu Al-Mas'udi bahawa Khalifah al-Malik bin Marwan sangat gemar kepada ilmu bintang sehingga semasa berperang dibawa bersamanya ahli ilmu bintang. Di zaman Abbasiah, Khalifah Abu Jaffar Al-Mansor adalah khalifah yang pertama memberi perhatian kepada kajian Ilmu Falak. Baginda mengeluarkan banyak belanja untuk memulakan penyelidikan dalam bidang ilmu falak. Baginda mengumpulkan nama sarjana falak yang terkenal di istana Baginda. Dalam pembinaan Kota Baghdad baginda melantik seorang ahli falak bernama Naubakh sebagai Ketua Perancang Projek itu.

3.5 Seterusnya perkembangan kajian ilmu falak berkembang pada zaman khalifah Al-Mansor. Usaha menterjemahkan buku Sdihanta dari bahasa Sanskrit ke Bahasa Arab dilakukan oleh Mohammad Al-Fazari yang kemudian ia diberi jodol "Al-Sindhindin Al-Kabir". Buku ini menjadi panduan utama kepada orang-orang arab dalam mengkaji ilmu falak hingga ke zaman Al-Makmun. Mohammad Al-Fazari merupakan orang Islam yang pertama mencipta astrolabe (jam matahari untuk mengukur tinggi dan jarak bintang). Buku ini telah disalin ke bahasa Latin pada abad pertengahan oleh Johannes de Luna Hispakusis. Buku terjemahan ini telah digunakan oleh universiti-universiti Eropah untuk mengejar Ilmu Bintang. Dari sinilah orang-orang Barat mula mengetahui benda-benda di cakerawala.

3.6 Antara tokoh-tokoh Ilmu Falak Islam di zaman Abbasiah ialah Abu Sahl bin Naubakh, Ali bin Isa dan Masyaallah yang dikenali sebagai Phoenix pada zamannya. Dalam projek pembinaan Kota Baghdad telah didirikan sebuah 'observatorium' (balai cerapan). Di zaman Al-Makmun telah muncul ramai sarjana-sarjana Falak antaranya Thabit bin Qurrah, Al-Battani dan Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Di zaman Al-Makmun juga telah didirikan sebuah 'observatorium' yang digunakan untuk mengukur daya cahaya rebang matahari. Di zamannya juga Ahli Falak berjaya mengukur longkaran bumi sebuah 'observatorium' yang didirikan di Bukit Gaisun di Damsyek. Di zamannya juga observatorium juga didirikan di Bukit Qaisun. Di Damsyik. Di zamannya juga telah diterjemahkan Alomagest karangan mengenai Ptolemeus ke bahasa Arab. Ahli Falak Islam juga telah mengamati equinox, gerhana bintang berekor (comet) dan lain-lain gejala di langit.

3.7 Di samping itu Al-Battani (mati kira-kira 930M/317H) telah melakukan penyelidikan tentang perbintangan sejak tahun 877 hingga 918M dan bukunya yang telah disalin ke bahasa Latin disusun semula dalam bahasa Arab oleh Nallino (tahun 1903M). Al-Battani telah membahagikan sehari kepada 12 jam yang digunakan sekarang oleh tukang-tukang jam di Eropah. Beliau juga telah berjaya mengira setahun bersamaan dengan 356 hari, 5 jam 46 saat dan 24 secant iaitu kurang dalam pengiraan sekarang sebanyak 2 saat 23 secant. Al-Battani menduduki tempat tertinggi di kalangan Ahli Bintang dan dikatakan peranannya di kalangan umat Islam sama dengan peranan Ptolemeus di kalangan orang-orang Yahudi. Di zaman-zaman seterusnya lahir tokoh-tokoh Islam yang meneruskan kajian-kajian yang dilakukan oleh al-Battani dan tokoh-tokoh lain dan telah menghasilkan berbagai-bagai kejayaan kepada Ilmu Falak.

3.8 Tokoh-tokoh Ilmu Falak yang terkenal pada kurun ke-7 Hijrah ialah Nasiruddin al-Tusi yang hidup di zaman Hulagu Khan seorang Raja Monggol. Al-Biruni (362H-442H) pula merupakan seorang ahli Falak yang terkenal di zaman Sultan Mahmud al-Ghaznawi. Beliau telah meninggalkan berbagai-bagai hasil karya yang antara al-Athar al-Baqiah yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Dr. Sachan. Di zaman Kerajaan Turki Saljuk telah muncul seorang sarjana Falak terkenal iaitu Umar al-Khayyam. Kawannya ialah Abdul Rahman al-Hazimi. Sebenarnya kemasyhuran sarjana-sarjana Falak Islam merebak setiap sudut alam. Mereka menjadi tempat rujuk ilmu Falak. Wilayah Islam yang menjadi tumpuan rujukan Eropah ialah wilayah Andalus (Sepanyol) kerana berdekatan dengan mereka.

3.9 Fakta-fakta di atas dicatatkan di sini adalah semata-mata untuk menunjukkan betapa umat Islam di zaman kegemilangan, telah menumpukan tenaga yang banyak untuk menguasai ilmu-ilmu sains yang hasilnya telah dirasai oleh seluruh umat manusia. Kejayaan mereka itu adalah menunjukkan betapa Islam telah menjadi suatu sumber utama bukan sahaja dari segi panduan hidup tetapi juga dari segi penerokaan Ilmu Pengetahuan. Inilah semangat yang hendak dibangkitkan semula di kalangan kita umat Islam.


AL-BIRUNI

Abu Raihan al-Biruni dilahirkan di luar Birun. Kota Khwarazm Bandar Khiva di zaman ini dan pada zaman dahulu bernama Chorasmia iaitu di sebuah daerah yang melahirkan ramai hukama dan sarjana Islam yang terkemuka. Beliau juga dikatakan telah menuntut ilmu sains di bawah bimbingan Abu Nasr al-Mansur, seorang ahli astronomi dan matematik yang pernah menulis syarah ke atas buku Spherics karya Menelaus dan merupakan penuntut kepada Abu’l-Wafa’.

Peringkat awal penghidupan al-Biruni ialah di bawah pemerintahan a’munid yang memerintah Khwarzm dan juga dikenali sebagai pemerintahan Khwarazmiyah. Pemerintahan ini asalnya adalah di bawah perlindungan kerajaan Samaniyah tetapi kemudian boleh dikatakan berkuasa sendiri. Al-Biruni mengembara ke tempat lain di Parsi dan pada tahun 388H/998M hingga403H/1012M beliau berada di Jurjan iaitu di Iistana Shams al-Ma’ali Qabus ibn Wushmgir. Pada masa inilah iaitu pada tahun 390H/1000M beliau menulis risalahnya yang sangat masyhur, bertajuk al-Athar al-Baqiyah. Nama penuhnya ialah Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada 3 Zulhijah 362 H (4 September 973 M di negeri Parsi. Beliau adalah orang asing dalam kalangan penduduk Khawarizm. Olen sebab itulah beliau digelar al-Biruni yang bermaksud orang asing dalam bahasa Parsi. Beliau sangat terkenal di kawasan Khawarizm sehingga diberi gelaran Khawarizmi bersempenadengan nama kawasan itu.



Kuasa bangsa Turki di Asia Tengah yang kian memuncak, mencapai kekuatannya semasa pemerintahan mahmud dari Ghazna di mana kebanyakan pemerintahan Mahmud kecil kerajaan Parsi di daerah itu dimusnahkan. Dalam tahun 408H/107M. Mahmud berjaya mengusai Khwarazm, dan pada tahun berikutnya membawa Abu Raihan, yang menjadi musuh politiknya ke Ghazna. Sebagai ahli astrologi dan ahli matematik istana pula kemudiannya, al-Biruni kerap mengiringi Mahmud dalam pergerakan tentera raja itu dan turut serta dalam pergerakan tentera yang masyhur iaitu pergerakan menawan India yang juga memberi peluang yang seluas-luasnya kepada al-Biruni untuk mengkaji manifestasi yang pelbagai bagi agama Hindu. Pada tahun 422H/1031H, al-Biruni kembali ke Ghazna dan menulis kitab beliau yang paling terkemuka sehingga kini iaitu, India dan sebuah kitab lain yang bertajuk Kitab al-Tafhim.



Mahmud meninggal dunia di Ghazna pada tahun 421H/1030M. Perebutan kuasa berlaku di antara putera-puteranya dan berkesudahan dengan kemenangan Mas’ud, yang kemudiannya menjadi penaung al-biruni dan kepadanya, iaitu pada tahun ia memenangi kuasa pemerintahan, sebuah kitab yang bertajuk al-Qanun al-Mas’udi dipersembahkan sebagai dedikasi al-Biruni kepada penaungnya itu. Kitab ini merupakan sebuah adikarya bidang astronomi. Al-Biruni terus tinggal di Ghazna, hidup dengan memperhambakan diri kepada pengkajian dan penulisan sehingga akhir hayatnya iaitu pada kira-kira tahun 442H/1051M.



Penghidupan al-Biruni bukan sahaja dipenuhi dengan pergolakan politik dan perubahan hidup di Asia Tengah dan Parsi tetapi juga penuh dengan perubahan minatnya sendiri daripada satu bidang ilmu kepada bidang ilmu yang lain. Pada peringkat awal beliau sangat tertarik hati kepada lapangan ilmu matematik dan astronomi sehingga ia menjadi tokoh yang paling berwibawa di dalam sejarah sains islam. Kemudian minatnya tertumpu pula kepada sejarah dan kronologi dan akhirnya iaitu pada penghujung hayatnya ia memberi tumpuan pula kepada optika, perubatan, mineralogy dan farmakologi iaitu seperti yang ditunjukkan dalam Kitab al-saidanah (atau saidalah). Di sepanjang perubahan minatnya dalam bidang ilmu itu, minatnya terhadap agama dan kultus tetap kuat; petikannya akan Bhagavad-Gita dan gambaran yang diberikannya tentang hari kebebasan agama bagi agama-agama di Asia Barat memberi petanda kepada minatnya yang mendalam dan kefahamannya akan agama. Karya beliau tentang perbandingan agama tetap menjadi sumbangan beliau yang paling penting.



Walaupun tidak ada hasil penulisan falsafah al-Biruni yang terdapat di dalam simpanan khazanah atau diketahui selamat tersimpan kini namun adalah diketahui bahawa al-Biruni telah mempelajari falsafah dengan mendalam dan sangat mahir dalam bidang ini. Beliau sangat berminat dalam falsafah anti Aristotle yang dibawa oleh tokoh falsafah seperti Muhammad ibn Zakariyya’ al-Razi. Al-Biruni berusaha bertahun-tahun mencari kitab Sirr al-Asrar karya al-Razi dan juga lain-lain karya falsafah. Namun beliau menulis sebuah risalah membahas tentang kesalahan-kesalahan al-Razi. Beliau juga mempelajari, sekadar yang termampu pada zaman itu, tentang Vendanta dan teks lain mengenai agama Hindu yang kalaupun tidak berciri falsafah dalam pengertian moden atau pengertian aliran Aristotle namun tetap merupakan pengajaran himah yang sangat halus. Sikap dan pandangan Abu Raihan terhadap falsafah Yunani aliran Aristotle tidak langsung menunjukkan sebarang simpati atau sokongan.



Selain karya utama beliau yang masih terdapat hingga kini seperti al-Athar al-Baqiyah, India, Kitab al-Tafhim, Kitab al-Jamahir fi Ma’rifat al-Jawahir, al-Qanun al-Mas’udi, dan yang belum diterbitkan seperti Kitab al-Saidanah serta Kitab Tahdid Nihayat al-Amakin, al-Biruni menulis banyak risalah kecil tentang astronomi dan geografi. Beliau juga banyak menulis risalah mengenai bidang-bidang ilmu lain termasuklah falsafah. Karya beliau tentang falsafah seperti Kitab al-Sha-mil fi’-l-mawjudat al-mahsusah wa’l ma’qulah, Kitab fi’l-tawassut bain Aristutalis wa Jalinus fi’l-muharrik al-awwal, Riyadat al-fikr wa’l-‘aql, Maqalah fi’l-bahth’an al-athar al-‘ulwiyah dan Maqallah fi sifat asbab al-sukhunat al-mawjudah fi’l-;alam wa ikhtilaf usul al-sanah, nampaknya sudah tidak terdapat lagi dan turut juga ‘hilang’ ialah banyak karya terjemahan beliau ke atas Elements karya Euchids dan Almagest karya Ptolemy. Beliau menterjemahkan karya-karya besar ini ke dalam bahsa Sanskrit. Terjemahan beliau dari karya Sanskrit iaitu Yoga sutras of Patanjali yang dianggap ‘hilang’ telah dijumpai tidak lama dahulu di Istanbul. Beliau juga menulis beberapa buah karya sastera seperti cerita Qasim al-surur wa ‘ayn al-hayat, dan Urmuzdyar wa mihryar. Al-Biruni, dalam penulisannya, Fi fihrist kutub Muhammad ibn Zakariyya’ al-Razi telah menyenaraikan 113 tajuk kitab dan karyanya sendiri dan 25 buah lagi yang ditulus oleh Abu Nasr al-Mansur ibn ‘Ali ibn al-‘Iraq, Abu Sahl ‘Isa Ibn Yahya al-Masihi dan Abu ‘Ali al Hasan ‘ibn ‘Ali al-jili, kesemunya di bawah arahan beliau. Hajji Khalifa, dalam kitabnya, Kashf al-zunun menyebut kira-kira lima belas buah karya tidak termasuk Fihrist tetapi yang sah ditulisnya empat belas tahun sebelum ia meninggal dunia. Tambahan kepada semua ini ialah tujuh lagi manuskrip telah dijumpai yang tidak langsung disebutkan dalam senarai-senarai tadi. Jika seseorang pengkaji memasukkan senarai Yaqut yang menyebutkan terjemahan daripada bahasa Sanskrit dan karya yang ditulis oleh orang lain tetapi dipadankan kepada nama al-Biruni, maka jumlah kesemuanya akan menjadi 180.



Di samping bersemuka dengan sebilangan sarjana dan hukama Muslim, Kristian dan Hindu di zamannya, al-Biruni juga mengkaji dan mendalami teks sains Greek, Babylonian, Manichean dan Zoroaster. Malah harus diingati bahawa karya agung seperti al-Qanun al-Mas’udi bukan sahaja merupakan kitab besar astronomi Muslim, tetapi juga adalah sumber bagi kebanyakan sains zaman dahulu, sama ada sains Chaldean ataupun Greek yang teks asal mereka sudah tidak terdapat lagi.



Selain mempunyai pengetahuan yang asasi tentang teks astronomi-matematik seperti Almagest, Elements, pelbagai buku Sinddhanta dan lain-lain penulisan Hindu, Al-Biruni juga sangat fasih mendalami banyak penulisan yang berkaitan dengan “falsafah tabii” dan sejarah. Sumber-sumber yang dirujuk dalam Kitab al-jamahir fi ma’rifat al-jawahir, teks ilmu Islam yang paling lengkap tentang mineralogy, termasuklah para ahli sains Muslim seperti al-Kindi, al-Jahiz, Muhammad ibn Zakariyya’ al-Razi, Jabir ibn Hayyan, tokoh-tokoh sastera, sejarah dan geografi seperti Nasr ibn Ya’qub al-Dinawari, Ahmad ibn ‘Ali, Abu’l- ‘Abbas al- ‘Ummani dan penulis Greek seperti Aristotle, Archimedes, Apollonius dari Tyana, Dioscorides, Plutarch, Ptolemy, Galen, Bolos Democritus, Plato, Heraclides, dan Diogenes. Beliau juga banyak memetik puisi Arab - sama ada zaman Islam atau praIslam – dan juga puisi Parsi, India, Suryani dan karya-karya Alexandria di dalam bidang ini. Tambahan Kitab al-jamahir, dan dalam kitab-kitabnya yang lain juga akan bahagian-bahagian daripada kitab-kitab suci bagi banyak agama termasuklah Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, Avesta dan tentu juga al-Qur’an sendiri yang mana al-Biruni sangat mahir tentangnya. Dalam risalahnya Ifrad al-maqal fi amr al-dalal, semasa membicarakan waktu sembahyang beliau telah memetik hadith nabi, kata-kata ‘Umar ibn al-Khattab, al-Ash’hari, al-Shafi’I, dan ramai lagi tokoh agama yang berpengaruh yang kesemuanya ini menunjukkan kebolehan beliau yang sangat mendalam tentang sumber hukum serta teologi Islam. Bagaimanapun, memang terdapat bebaerapa bidang sains di zamannya yang tidak disentuh.



Disebabkan terdapat aral terjemahan maka al-Biruni tidak begitu dikenali dan tidak berpengaruh di Barat Latin berbanding dengan tokoh besar di zamannya, Ibn Sina. Jika sekiranya kitab beliau al-Qanun al-Mas’udi diterjemahkan ke bahasa Latin, maka kitab ini tentu akan menjadi semasyhur Qanun Ibn Sina. Di dunia Islam, al-Biruni tetap menjadi sarjana besar yang tiada tandingannya di dalam bidang-bidang astronomi, astrologi, geografi dan matematik. Karya beliau India, adalah karya yang unik di dalam sejarah kaum Muslimin dan karya beliau, al-Athar al-baqiyah adalah sumber terbaik tentang kronologi peristiwa-peristiwa keagamaan di Asia Barat pada zaman silam. Kitabnya yang bertajuk Kitab al-tafhim menjadi inspirasi kepada beberapa buah risalah saintifik zaman selepas beliau termasuklah Kitab rawdat al-Munajjimin oleh Shahrdan ibn Abi’l-Khair al-Razi dan Kaihan shinakht oleh Hassan Kattan al-Marwazi, yang kedua-duanya ditulis pada abad yang kelima, Jahan-I Danish oleh Sharaf al-Din Muhammad ibn Mas’ud ibn Muhammad al-Mas’udi dan Kifayat al-ta’limi sina’at al-tanjim oleh Sayyid al-‘Ulama’ abu’l-Mahamid ibn Mas’ud ibn al-Zaki al-Ghaznawi, yang ditulis pada bad ketujuh dan juga Kitab al-tafhim fi ma’rifat istikhraj al-taqwim oleh Mazhar al-Din Muhammad al-Lari, iaitu karya abad kesepuluh adalah kedua-duanya berdasarkan kepada hasil penulisan al-Biruni.



Karya-karya al-Biruni bersemarak di arena aktiviti intelektual yang berkemuncak pada abad keempat. Karya-karya beliau juga merupakan satu usaha yang paling rapi serta teliti dalam menyatukan cabangan-cabangan ilmu kaum Muslimin dan juga ilmu-ilmu yang diwarisi daripada tamadun zaman dahulu. Dengan sifatnya yang demikian, karya-karya al-Biruni memberi khidmat kepada zaman selepas beliau sebagai sumber sains tabii dan sains peradaban dan mendapat sanjungan dan berpengaruh sebagai bahan penulisan seorang sarjana yang tidak dipertikaikan. Sebagai ahli astronomi dan juga terutamanya ahli astrologi keidealan beliau sentiasa diikuti.



Pengkajian terhadap geografi, astronomi, dan lain-lain adalah sesuai kerana ia sangat mustahak kepada penghidupan beragama masyarakat Islam dan perlu dikaji dengan matlamat atau tujuan ini. Tidak timbul persoalan ‘sains untuk sains’ dalam pemikiran al-Biruni sama juga halnya dengan tidak wujudnya gagasan ‘seni untuk seni’ dalam pemikiran Islam. Seni dan sains perlu memberi khidmat kepada keidealan penghidupan Islam yang merupakan ‘penghidupan sejahtera’ dan matlamat terakhir yang perlu dicita-citakan. Kewajaran serta kesahihan bagi pengkajian sains tidak seharusnya ditentukan oleh kegunaan praktikal, kerana kegunaan tidak menentukan nilai dalaman bagi sesuatu. Sebaliknya, kesahihan pengkajian sains bersama dan tujuan dan matlamatnya adalah bersandarkan kepada suruhan al-Qur’an yang mempertanggungjawabkan manusia merenung kejadian langit dan bumi yang telah dijadikan Tuhan dengan Haqq (bi’l-haqq).



Walaupun ketaatan dan usaha ikhlas al-Biruni sebagai seorang Muslim adalah jelas, namun kemiripan beliau terhadap aliran tertentu di dalam Islam susah dipastikan. Sebagaimana juga karya para penulis abad ke-4 umumnya, penulisan Abu Raihan tidak menunjukkan dengan jelas sama ada ia dipengaruhi oleh mazhab Syiah atau Sunni. Beliau menulis tentang kedua-dua mazhab dengan pengetahuan dan kebijaksanaan tetapi tidak membayangkan pilihan beliau atau kemiripan beliau. Seseorang dapat meilihat pengaruh Syiah yang lebih kuat ke atas diri beliau semasa ia muda dan tarikan yang lebih kuat kepada mazhab Sunni pula apabila umurnya sudah lanjut, namun pilihan beliau sendiri tidak dinyatakan dengan tegas. Malah Abu Raihan pernah menyatakan bahawa ia memakai sebentuk cincin dengan dua jenis batu, yang satu dimuliakan oleh Sunni dan satu lagi oleh Syiah. Dengan begitu ia cuba menyatakan bahawa ia menerima kedua-duanya.



Al-Biruni juga memperlihatkan kebolehan yang tinggi tentang ilmu tasawwuf walaupun beliau membuat kesalahan dengan mengatakan bahawa Sufi berasal dari Sophos, dan dalam bukunya, India, ia selalu membanding-bandingkan antara doktrin Hindu dengan doktrin Sufi. Namun begitu tidak ada sedikit keraguan bahawa ia bukanlah seorang ahli Sufi. Al-Biruni merupakan seorang sarjana yang ulung dan ahli sains yang terbilang dan juga seorang Muslim yang amat taat, yang telah mempelajari banyak perkara melalui pembacaan, penilitian dan berfikir dan telah berjaya menguasai banyak cabangan ilmu pengetahuan, namun ia tidak mengikuti jalan penyucian jiwa dan intuisi Qalbu yang bersifat terus yang di dalam Islam adalah berkaitan dengan ilmu tasawwuf. Beliau memuliakan kerohanian Sufisme seperti kaum Muslimin lainnya tanpa mempunyai pengalaman rohani sendiri.



Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang tersebut menjadikan al-Biruni dijuluki sebagai "ustaz fil ulum" atau guru segala ilmu. Meski sebahagian besar ilmuwan Muslim masa lalu memang memiliki kemampuan multidimensi, namun al-Biruni tampaknya lebih menonjol. Ia tak hanya menguasai bahasa Arab, tapi juga Sanskrit dan Ibrani. Ia memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang filsafat Yunani, menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. Al-Biruni berhasil membuktikan, menyandingkan ilmu dan filsafat telah memungkinkan agama bisa terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.



Al-Biruni telah menghasilkan lebih dari 150 buah buku. Di antara buku-buku itu adalah "Al-Jamahir fi al-Jawahir" yang berbicara mengenai batu-batu permata; "Al-Athar al-Baqiah" berkaitan kesan-kesan lama peninggalan sejarah, dan "Al-Saidalah fi al-Tibb", tentang obat-obatan. Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris dengan judul "Chronology of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol.



Sejak usia muda, Al-Biruni sudah tertarik pada astronomi dan matematik. Ia banyak belajar kepada astronom dan ahli matematika terkemuka kala itu, Abu Nasr Mansur. Pada tahun 990 atau saat usianya baru menginjak 17 tahun, Al-Biruni sudah melakukan pengamatan serius di bidang astronomi, yakni dengan menghitung garis lintang Kath melalui pengamatan ketinggian maksimum Matahari.



Al-Biruni amat berminat dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan teori-teori abstrak, falsafah, sains praktis matematik, geografi, fizik, dan astronomi. Dalam semua bidang itu, beliau lebih memberi penumpuan terhadap bidang astronomi. Ini dibuktikan melalui pengakuannnya sendiri, “Oleh kerana saya berminat dalam bidang astronomi, malah saya dikenali dalam bidang ini, maka saya tidak berniat untuk keluar dari bidang ini dan mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Mas’ud) yang dikenali sebagai nikmat, dengan menulis undang-undang astronomi”.



Bagi menunjukkan kepentingan ilmu astronomi dan matematik dalarn kehidupan harian, beliau telah memberi contoh dengan mengemukakan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan air pasang surut. Ilmu kaji bintang juga penting dalam menentukan arah pengembaraan dan perjalanan, kiblat, waktu solat, dan kedudukan garis lintang dan garis bujur sesuatu tempat.



Beliau telah mengemukakan beberapa teori astronomi yang penting. Pertamanya teori alam semesta yang mana beliau menganggap alam ini terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semester sebagai kuasa sebenar. Teori yang kedua ialah kosmogoni. Beliau membincangkan asal-usul alam semesta secara terperinci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan bumi ini kekal. Beliau telah melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib al-Busi dengan mengumpulkan pelbagai arus pertukaran bumi pada zamannya.



Ketika usianya belum genap 22 tahun, Al-Biruni telah menulis sejumlah kertas kerja, meski dalam bentuk pendek. Sayangnya, semua kertas kerja Al-Biruni hilang ditelan sejarah. Salah satu karyanya yang bisa selamat adalah kartografi yang berguna dalam proyeksi pembuatan peta. Seperti halnya mendeskripsikan proyeksinya mengenai belahan Bumi melalui suatu pesawat, Al-Biruni pada usia 22 tahun dengan fasih membaca proyeksi peta yang ditemukan orang lain dan mendiskusikannya dalam risalah.



Tapi sayang, masa-masa ketika Al-Biruni hidup, adalah masa-masa genting Dunia Islam. Situasi politik yang berkembang saat itu juga turut memengaruhi dan menentukan arah kehidupan Al-Biruni. Penguasa Khwarazm adalah Banu Iraq dan secara kebetulan guru Al-Biruni, Abu Nasr Mansur adalah seorang pangeran dari keluarga tersebut. Pada tahun 995 terjadi kudeta politik. Perang saudara pun berkecamuk. Sebagai murid, Al-Biruni tentu saja terkena imbas persoalan politik tersebut. Ia kemudian melarikan diri dari Khwarazm sehingga ia kemudian tidak mengetahui bagaimana nasib sang guru. Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi. Setelah mengetahui keilmuwan Al-Biruni, sang sultan pun menugaskan Al-Biruni sebagai ulama istana. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India. Di sana Al-Biruni mendapat kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan filsafat India. Hasilnya, ia menulis beberapa buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu. Dalam satu tulisannya, Al-Biruni menyatakan, ajaran Hindu berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan ajaran tauhid dalam Islam dan triniti dalam agama Kristen.



Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya kepada ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaidah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan perhitungan matematika. Al-Biruni berhasil menyusun satu daftar peta yang berisi kedudukan ibu kota negara di dunia. Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalin hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi.



Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalin hubungan dengan Ibnu Sina. Pada waktu yang bersamaan, Al-Biruni juga membuktikan bahwa golongan ahli filsafat bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. Peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam perkembangan dan kemajuan Islam serta peradaban manusia. Pencapaian besar al-Biruni termasuklah penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dengan menggunakan angka sifar, penentuan garis bujur serta garis lintang bumi dan penjelasan tentang hakikat kelajuan perjalanan cahaya mengatasi perjalanan bumi. Malah al-Biruni juga mewariskan banyak hasil penulisan yang sangat berharga termasuklah "Al-Saidalah fi al-Tibb" (ubat-ubatan) dan "Al-Qanun" (falak). Selain membuktikan kecintaan yang mendalam terhadap ilmu, al-Biruni dan juga sarjana-sarjana agung Islam zaman silam ternyata menunjukkan banyak teladan yang selayaknya dicontohi oleh umat Islam kini. Antaranya termasuklah usaha yang dilakukan dengan membuka pintu pengajian di seluruh dunia; timur serta barat dan bagi kemasukan segala bentuk warisan tamadun manusia sejagat. Proses penerimaan, penyerapan, penterjemahan, pengembangan semula dan pengubahsuaian ilmu asing menurut asas yang ditentukan Islam demi kepentingan masyarakat Islam, tidak terhenti di situ sahaja, malah ditingkatkan sehingga mereka berjaya mencapai tahap kreativiti dan inovasi yang sebenar, iaitu pada kurun ke-3H./9M.



Di samping itu, hubungan yang dijalin dengan bangsa-bangsa maju di dunia ketika itu dijadikan penggerak usaha untuk memanfaatkan kemajuan dan pengetahuan yang dimiliki oleh bangsa-bangsa tersebut. Lebih utama daripada itu, tokoh-tokoh agung kebanggaan Islam ini membuktikan bahawa pencapaian hebat dan sumbangan besar lagi terbilang mereka itu hanyalah dengan satu tujuan yang suci, iaitu demi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada kehidupan manusia sejagat, bukan sahaja yang sezaman dengan mereka tetapi juga selepas mereka. Ini terbukti dengan penghasilan karya-karya agung yang dapat dimanfaatkan hingga pada zaman kini. Amat menarik juga jika diteliti bahawa kegigihan tokoh-tokoh agung Islam dalam pelbagai bidang itu sebenarnya turut didorong oleh pemerintah yang berilmu dan juga memiliki kecintaan yang mendalam terhadap ilmu seperti Khalifah al-Ma'mun (yang memerintah dari tahun 198-218H./813-833M.). Antara usaha penting khalifah `Abbasiyyah ini termasuklah titah baginda kepada sekumpulan besar ahli geografi dan ahli astronomi untuk menghasilkan sebuah buku geografi yang lengkap dan peta dunia yang baharu. Demikianlah pula dengan usaha untuk menentukan ukur lilit bumi di khatulistiwa. Pada awal kurun ke-3H./9M., Khalifah al-Ma'mun menitahkan supaya sekumpulan besar ahli astronomi menajdikan ukuran darjah longitud sebagai asas bagi penghasilan peta dunia. Kumpulan ahli astronomi ini melaksanakan titah baginda di Padang Pasir Sinjar, di utara Iraq dan juga di Tadmur dengan menggunakan pelbagai alat pengukuran, iaitu astrolab, rod serta tali pintal untuk menentukan permulaan dan penghujung darjah latitud serta jarak di antara kedua-duanya. Kesimpulan yang dicapai oleh mereka ialah darjah longitud mencapai 56 2/3 batu Arab dan dengan demikian, longitud khatulistiwa adalah hampir 40,000 km. Pada hakikatnya, longitud khatulistiwa yang diiktiraf oleh ahli geografi moden berpandukan hasil ilmiah yang cemerlang dan terperinci ini.



Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat martabat ahli filsafat dari pelbagai stigma dan label negatif, serta mengubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli filsafat itu sendiri. Al-Biruni meninggal dunia pada tanggal 13 Desember 1048 di Ghazna (kini Ghazni, Afganistan). Meski sudah lama meninggal, nama Al-Biruni tetap harum dikenang zaman.



Rumusan dan Cadangan

Sesungguhnya usaha menghayati serta menyuburkan semula ingatan terhadap sumbangan besar cendekiawan Islam yang terbilang itu di samping menjadikannya sebagai pencetus semangat dan inspirasi merupakan sesuatu yang harus dipuji. Ia diharapkan dapat menimbulkan kesedaran yang tinggi tentang kepentingan penguasaan ilmu sains dan teknologi yang dapat membantu usaha membentuk sejumlah besar cendekiawan dan pakar bagi memacu kecemerlangan negara. Sehubungan itu juga, penglibatan aktif cendekiawan serta pakar ini dalam kegiatan penyelidikan dan pembangunan, membolehkan negara mencipta teknologi sendiri yang bukan sahaja dapat mengelakkan pergantungan pada teknologi asing. Bahkan sebaliknya dapat merancakkan perkembangan iktisad ummah seluruhnya. Namun demikian, seharusnya pula kesedaran, minat, semangat serta inspirasi yang berhasil dipupuk sepanjang pameran yang dijadualkan berlangsung lebih dua bulan ini tidak terhenti di situ sahaja.



Lebih banyak langkah susulan yang perlu dirancang dan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan. Ini misalnya dengan memperkenalkan tokoh ilmuwan Islam silam ini secara berterusan dan melalui pendekatan yang berkesan. Salah satunya ialah melalui kurikulum atau sukatan pelajaran dan pengajaran di sekolah, khususnya di peringkat rendah. Misalnya melalui mata pelajaran matematik, pelajar-pelajar diberikan maklumat tentang peribadi dan sumbangan al-Khawarizmi, antaranya bagaimana beliau menggunakan angka sifar sebagai gandaan puluh, ratus dan juta selain mengasaskan algebra (al-jabr) dan menjadikannya sebagai cabang ilmu yang terpisah daripada ilmu hisab dan geometri. Demikian juga melalui mata pelajaran sains, kegigihan dan sumbangan Ibn al-Haitham dalam bidang ini wajar didedahkan kepada pelajar-pelajar, apatah lagi kejayaan beliau untuk menguasai bidang sains, falsafah dan geometri bermula sejak usia remaja lagi.



Bagi penuntut-penuntut di institusi pengajian tinggi pula, keagungan tamadun Islam dan sumbangan ilmuwannya seharusnya tidak dibataskan hanya melalui pembelajaran subjek tamadun Islam semata-mata. Sebagai contoh, pensyarah boleh memainkan peranan dalam memberikan pendedahan dan pengetahuan yang mendalam tentang sumbangan tidak terhingga nilainya oleh ilmuwan agung Islam terhadap bidang atau kursus yang diikuti oleh pelajar-pelajar. Kehebatan dan pencapaian mengagumkan ilmuwan Islam dalam seni bina (seperti Istana al-Hamra'/al-Hambra serta Taj Mahal), astronomi, geografi, pengembaraan dan pelayaran (misalnya jam matahari, astrolab dan kompas), teknologi dan penciptaan dalam bidang pertanian, pembinaan serta kejuruteraan (sebagai contoh, pam air automatik), penciptaan dan penemuan dalam bidang perubatan (misalnya kelalang tanah liat yang digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan), pasti dapat menyuntik semangat yang luar biasa sifatnya di kalangan penuntut, sekurang-kurangnya untuk mencipta kejayaan tersendiri.



Selain kurikulum dan kegiatan pembelajaran, peranan media elektronik juga dilihat sangat berkesan dalam menjayakan hasrat besar ini. Usaha yang dirintis oleh TV3 dalam menerbitkan rancangan berkualiti seperti "Ilmuwan Islam" seharusnya diteladani dan diberikan sokongan yang tiada taranya. Ternyata melalui rancangan tersebut, masyarakat negara ini memperoleh maklumat sebenar tentang sumbangan dan usaha yang dirintis oleh ilmuwan atau sarjana agung Islam. Sekadar menyebut contoh, pendedahan "Ilmuwan Islam" tentang sumbangan Ibn Firnas dalam kejuruteraan penerbangan dan merupakan orang pertama yang membuat percubaan untuk terbang pada tahun 875 (sebagaimana yang juga disebut oleh Philip Hitti, History of Arabs) membetulkan tanggapan orang ramai yang sebelumnya hanya mengetahui pencapaian Wilbur dan Orville Wright dalam bidang yang sama sekitar tahun 1900. Rancangan bermutu seumpama ini seharusnya mendapat sokongan dalam pelbagai bentuk, khususnya tajaan dan pengiklanan yang memungkinkan ia terus berperanan memberikan manfaat yang tidak terbanding nilainya kepada segenap lapisan masyarakat negara ini. Dalam hubungan ini, pihak pengiklan seharusnya menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap usaha kerajaan menyemarakkan budaya keilmuan dan tradisi menyelidik serta menghasilkan teknologi di kalangan rakyat. Bahkan inilah juga sebahagian daripada tanggungjawab kemasyarakatan yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Telah tiba masanya juga untuk pengiklan-pengiklan mengutamakan rancangan keilmuan berbanding dengan minat, tumpuan serta sasaran mendapatkan keuntungan melalui rancangan berbentuk hiburan semata-mata.



Secara peribadi, setiap kita perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan usaha menimbulkan minat mengikuti jejak dan pencapaian ilmuwan Islam silam. Sekurang-kurangnya inilah tandanya kita menyokong penuh dan menghargai kegigihan Prof Dr Fuat Sezgin, pemilik 148 replika pameran anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Institute for the History of Arabic-Islamic Science, Johanne Wolfgang Goethe University, Frankfurt, Germany yang bertemakan "Sains Islam Mendahului Zaman" itu. Memetik inti pati ucapan beliau pada hari pelancaran pameran, "Sains moden yang bermula di Eropah beberapa kurun silam sebenarnya begitu biasa dan dekat dengan kita. Justeru itu, umat Islam tidak harus sama sekali berasa terasing daripadanya kerana sebahagian besarnya merupakan cabang bagi tahap awal perkembangan dalam dunia Islam. Sebaliknya kini telah tiba masanya bagi kita mempelajari dan menyerap pencapaian dalam tamadun barat sehingga kita berkeupayaan menyumbang pencapaian kita sendiri.".