Monday, 7 October 2013

PENGEMABANGAN ILMU DAN SUMBANGAN ISLAM

OBJEKTIF AM
Topik ini memberi pendedahan mengenai bidang-bidang ilmu yang dikuasai oleh orang-orang Islam meliputi bidang sains dan teknologi yang memberi sumbangan besar terhadap perkembangan Tamadun Barat serta menyatakan tanggungjawab individu muslim terhadap ilmu.

OBJEKTIF KHUSUS
1.Menjelaskan konsep sains tulen dalam bidang:
  • Kimia
  • Biologi
  • Fizik
2. Membincangkan konsep sains gunaan dalam bidang;
  • Perubatan
  • Botani
  • Matematik
  • Astronomi
  • Geografi dan Pelayaran
  • kejuruteraan
  • kesenian
  • Pendidikan
Pengenalan

Sumbangan Islam dalam ilmu adalah sangat luas, antaranya menumpukan kepada bidang sains dan teknologi. Sains Dan teknologi islam berpunca dari al-Quran. Ajaran-ajaran yang terkandung di dalam al-Quran melatih pemikiran dan mendisiplinkan pencarian ilmu yang penting bagi kemajuan sains dan teknologi
Sains dan Teknologi yang ada pada hari ini adalah hasil daripada
perkembangan yang berlaku semenjak beribu-ribu tahun yang lalu melalui
beberapa tamadun manusia. Ia merupakan daya usaha manusia memahami alam
dan seterusnya berikhtiar untuk meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.
Setelah mengalami perubahan yang begitu pesat mengikut keperluan masyarakat.


TAKRIF SAINS

Kamus Oxford (1983), mentakrifkan sains sebagai cabang ilmu pengetahuan
yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen yang bersistem terhadap
fenomena alam semula jadi.


PEMBAHAGIAN SAINS

Sains boleh dikategorikan kepada tiga, iaitu Sains Tabiin,Sains Gunaan
dan Sains Sosial

Sains Tabi’e
Sains tabi’e dikenali juga sebagai sains tulen , Sains Tulen (Natural
Science) merupakan penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji
benda-benda nyata di bumi ini. Bidang ini merangkumi:
i. Biologi
ii. Fizik
iii. Kimia

Dalam al-Quran ada ayat-ayat yang menyentuh sains tabi’eseperti firman
Allah yang bermaksud:
"Tidakkah kamu melihat bahawasanya Allah menurunkun hujan dari langit
lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam
jenisnya. Dan di antara gunun¬gunung itu ada garis-garis putih dan merah
yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. Dan
demikian (pula) dl antara manusia, binatang-binatang melata dan
binatang- binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan
jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara
hamba-hambaNya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagiMaha
Pengampun" (Faathir 35 : 27&28)

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menerangkan bahawa bagaimana kejadian
fenomena hujan yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada
pelbagai spesis. Begitu juga dengan melihat kejadian gunung-ganang yang
berbeza yang memberikan hasil yang berbeza pula kepada manusia. Begitu
juga dengan kejadian kehidupan binatang buas dan binatang yang dijadikan
ternakan yang boleh diambil manfaat darinya. Begitu pula dengan kejadian
manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang mempunyai pelbagai
adat resam dan budaya.

Di atas dalil kenyataan segala penciptaan menimbulkan ketinggian iman
dan rasa tanggungjawab terhadap makhluk dan tuhanNya

Sains Gunaan
Sains gunaan ialah kajian yang lebih menekankan kepada
keperluan-keperluan jangka pendek atau jangka panjang atau untuk
menghasilkan pengeluaran-pengeluaran dalam bidang yang mempunyai nilai
amali, contohnya : bidang perubatan, pertanian dan lain-lain lagi.

Sains Sosial
Sains Sosial ialah kajian terhadap kelakuan individu atau masyarakat
serta tindak balasnya terhadap alam sekitar.
sebenarnya ilmu sains sosial atau kemanusiaan ni sudah lama wujud sejak
dizaman Rasulullah lagi yang mana baginda sendiri sering menekankan
berbuat baik dengan jiran tetangga,adab-adab dengan guru dan sebagainya.


KEDUDUKAN DAN PERANAN SAINS DALAM ISLAM

Islam melihat sains dan agama itu suatu yang bersifat bersepadu. Sians
tidak mampu dipisahkan daripada nilai-nilai keagamaan. Agama menjadi
pengawal kepada segala perlakuan manusia termasuklah dalam bidang sains
dan teknologi. Islam melihat sains sebagai satu perkara yang amat
penting kerana dengan sains dan teknologi manusia berupaya:
a) Mengenal Tuhan (Allah)
b) Menegakkan hakikat kebenaran
c) membawa mausia kepada sifat tafakkur dan dapat mengenali Allah
d) Membantu manusia memenuhi keperluan material
e) Membantu manusia dalam pelaksanaan Syari’at.

Firman Allah dalam surah Luqman ayat 20 yang bermaksud :
“Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahanmu apa
yang ada di langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu
apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu
nikmat-nikmatNya yang zahir dan batin”

Dari ayat di atas lebih jelas, bahawa alam yang dicipta Allah SWT ini
adalah tertaluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa sahaja yang ada di
langit dan di bumi adalah hak Allah untuk kemudahan dan kegunaan
manusia. Islam tidak terbatas kepada hubungan manusia dengan tuhan,
bahkan merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuklah dari sudut
teknologi. Teknologi dibangunkan dan dimajukan demi memelihara dan
meningkatkan kualiti kehidupan kerohanian.

f) Menjaga keseimbangan dan keharmonian alam.

No comments:

Post a Comment